Monday, October 20, 2008

Housekeeping



Weekend lepas, buat housekeeping kat rumah. maklumlah hari biasa rumah tu asal boleh je. Weekend la baru nak nampak kemas sikit. Tu pun tak lama. Kejap je dah berterabur.

Hari Sabtu masak spegetti je. Tghari gi makan Pizza sbb dah janji dgn anak nak bawa gi makan Pizza lepas dia abih periksa. Hari Ahad lak breakfast dgn Roti John.. silap.. Roti Mak la sbb mak yg masak. Tghari tu masak nasi beriani ikut resepi Beriani Faiza. Dlm resepi tu letak jus oren tapi tak de. Yg ada just Jus Mangga. Hantam je la.

Dan juga masak Ayam Tumis Kurma. Macam masak Ayam masak merah tapi ayam tu tak di goreng. Yg specialnya letak buah kurma. Byk la kurma masa puasa hari tu. Anak kata sedap. Ayahnya mcm biasa, tak komen pun. makan je....


Wednesday, October 15, 2008

Jamuan Raya



Hari ni Jamuan Raya peringkat Universiti. Setiap PTJ kena sediakan juadah untuk berkongsi bersama. Menu kami Mee Rebus Utara. Petang semalam I dah bertugas bagi aktiviti memotong dan menyediakan barang untuk memasak. Yg masaknya group yg bertugas mlm tadi dan hari ni kami nak makan je.

Thursday, October 9, 2008

At last

At last, I melapangkan masa utk menulis dlm blog ni. Blog ni suami I yg buatkan. Sbbnya I ni suka baca blog org lain tapi tak de blog sendiri. So dia buatkan. I sebenarnya malas nak study macam mana nak buat blog. Walaupun Itau tak de la susah tapi entah la. Tapi kali ni terasa lapang sikit. So I cuba la tulis walaupun I dah tak berapa ingat macam mana nak post. Suami dah ajar tapi masuk telinga kanan keluar kiri je.

Whatever yang ada sebelum ni. Tu suami I yg tulis tu.