Hari ni mak buat biskut ‘orang lama’ biskut kulit kerang. Kenapa Biskur kulit kerang ??? Kerana permukaannya yang bergerigi/tak rata seperti kulit kulit.
Resepi ini adalah resepi lama tetapi telah di eksperiman dan diubahsuai oleh mak & opah bagi meng ‘upgrade’ kesedapannya mengikut citarasa kami.
Mak guna Cik Kenwood bagi membantu mak menyiapkan adunan dengan cepat
Biskut kulit kerang
Bahan-bahan
1.5 cawan majerin (mak guna 1 cawan mentega, 0.5 cawan majerin)
1.5 cawan gula halus (gula biasa yang telah di kisar & di ayak)
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastad
3 cawan tepung jagung
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji kuning telur
Serbuk koko (3 – 5 sudu besar)
Susu pekat manis (2 sudu besar)
Esen vanila
Cara-caranya
1. Pukul mentega/majerin hingga kembang dan masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
2. Ayak campuran tepung-tepung & serbuk penaik. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega yang telah kembang. (Cik Kenwood yang tolong gaulkan)
3. Masukkan esen vanila dan bahagi doh kepada 2 bahagian.
4. Keluarkan 1 bahagian. 1 bahagian lagi dicampur dengan serbuk koko dan susu pekat manis. Jika suka warna yang gelap, masukkan lebih serbuk koko dan susu pekat manis.
5. 1 bahagian lagi boleh juga dicampur dengan pewarna kuning jika ingin kelihatan lebih kuning. (Mak tak buat).
6. Bentukkan supaya mudah memasuki adunan.
7. Cantumkan 2 warna. Masuk ke dalam acuan dan tekan. Potong dengan benang atau dawai besi.
8. Masak dalam oven suhu 180’C selama 15 minit.
SELAMAT MENCUBA
4 comments:
hi! where do you buy the cookie presser?
From Malaysia
Puan,kalau untuk biskut lain yg biasanya diterap,kita boleh guna cookie press mcm ni jugak ke?
Saya pun dah cuba try kueh kerang…i.alkah akn jadi warisan utk keliarga kecil saya.
Post a Comment