Kami ke Melaka. Pergi tengok UTeM, bandar Melaka. Rumah kami, rumah Mak Mala & rumah Nasir. Kami tidur di rumah Nyah, walaupun tak dapat jumpa Nyah. Pergi makan di JJ, Subaidah & Pakcik Only. Rindunye kat Melaka.
Imej: Lumiere Durham. (Sila ke http://zarinabz2.blogspot.co.uk untuk sambungan blog ini)
Kami ke Melaka. Pergi tengok UTeM, bandar Melaka. Rumah kami, rumah Mak Mala & rumah Nasir. Kami tidur di rumah Nyah, walaupun tak dapat jumpa Nyah. Pergi makan di JJ, Subaidah & Pakcik Only. Rindunye kat Melaka.
Kami ke rumah Pak Ngah di Sg Besar, Selangor. Majlis perjumpaan keluarga Hj Yahya & majlis perkahwinan Nani.
Singgah juga di rumah Opah yang sedang dalam pembinaan semula.
Paling best mesti la balik Teluk Intan, rumah opah & tok. Pergi rumah Wan Cho, Abg Mad & Kak Dah. Makan mee rebus Dollah. Shopping kat Arked Man, pasar, tepi sungai. Barang di Teluk Intan masih murah & segar berbanding tempat-tempat lain di Malaysia.
Setelah 2 malam bermalam di rumah Abang Lan, kami balik ke Triang. Rumah Wan semakin cantik. Ada pagar baru, tapi lupa lak nak ambil gambar pagar. Kami sempat juga ke pasar malam. Wow.. makanan semakin mahal di pasar malam. Tapi makan ikan patin pasti tak lupa. Dah 2 tahun tak makan ikan patin. Sedapnya.
Dari Triang kami ke Dungun pula. Menziarahi kakak ipar Kak Limah dan anak-anak. Tak lupa juga keropok lekor di Dungun & Kemaman. Sedapppp….