Friday, July 17, 2009

Cord Blood Stem Cell

Mengimbau kembali setahun yang lepas, beberapa hari sebelum Izzah lahir. Mak dan ayah ambil keputusan untuk menyimpan sel darah tali pusat (Cord Blood Stem Cell) Izzah. Mak kan bersalin ceaserean, so tak pasti la akan ada anak lagi. So ambil la peluang ni.

Stem cell tu akan di simpan selama 20 tahun dan dikenakan bayaran untuk kos penyimpanannya. Bayaran boleh dibuat secara ansuran setiap tahun. Tapi kami bayar untuk 20 thn terus sebab tak nak fikir banyak-banyak dan murah sikit.

Banyak kajian tentang stem cell ni sekarang. Stem cell ni kira macam '2nd chance at life'. So far nampaknya ia berkesan terhadap penyakit yang berkaitan dengan darah seperti thalassaemia dan lain-lain yang 'emia' juga. Ada yang sembuh dan ada bertambah baik.

Kita tak tau bila kita atau anak-anak kita akan sakit. Teringat anak kawan mak. Yang sihat walafiat. Jarang sakit dan sentiasa cergas. Tetiba je masa umur lebih kurang 3 tahun dia demam tak baik-baik. Bila check details rupa2nya dia kena leukemia yang stage yang teruk. Buat kimo dll at last meninggal dunia hanya dalam beberapa bulan je selepas dikesan leukemia tu. Memangla kuasa Allah, tapi menakutkan je rasanya. Macam mana kalau terkena pada anak kita.

Masa mak decide nak simpan stem cell ni, ada la juga kekawan yang kata mak ni 'kaya' bolehla. Rasanya ni bukan masalah kaya ke miskin. So far rasanya mampu lagi la. Mak dan ayah share untuk bayaran stem cell tu. Kereta kami berdua dah habis bayar. So ada la sikit duit lebih.

Mak harap stem cell yang disimpan tu ok je la. Tak la kita mengharapkan kita sakit, cuma kalau kita sakit sekurang-kurangnya kita ada cara/jalan yang diharapkan dapat membantu.

Stem Cells Differentiate Into Many Cell Types
Cord Blood Banking and Stem Cell Research-What are stem cells
(Source: http://www.cordbloodusa.org/articles-a5-Cord_Blood_Stem_Cell.htm)