Monday, January 18, 2010

Setelah setahun



RUMAH

Kami masih lagi di rumah yang sama. 21, Steavenson St. Bowburn. Cuma dulu rumah ni agak besar. Sekarang dah semakin kecil. Orang kata rumah di UK yang orang Msia tinggal memang macam tu. Makin lama, rumah tu mengecut agaknya.

'Mengutip'. Itu la yang kekadang kami lakukan. Mengutip barang-barang free dari freecycle. Barang-barang yang org tak nak pakai lagi dah tapi masih dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan. Antara yang pernah kami kutip ialah leather sofa, leather chair, leather car seat, push chair, display cabinet(almari), 2 chest drawer, 2 coffee table, pinggan mangkuk, periuk, baju, mainan (plg byk), breadmaker, basikal, computer, printer, sewing machine, meja study, penyidai baju, thermos flask, diary, tilam, cadar, duvet cover, curtain, iron, dll.





TELEFON

Masih lagi dengan telefon yang lama. Dah banyak kali survey tapi masih tiada yang berkenan dihati.



CAMERA

Baru je upgrade. Guna duit 'bawah bantal' yang dikumpul selama setahun. Orang kata sayang gi tempat yang cantik kalo gambar yang diambil tak berapa cantik. Ok la. beli la.


KERETA

Masih lagi dengan Red Honda walaupun suami selalu gak 'study' kereta kat autotrader & ebay.




KOMPUTER

Masih lagi dengan Acer yang dibeli di PC di Malaysia walaupun Izzah pernah tuang susu kat keyboard nya dan juga saya pakai komputer yang diberi oleh supervisor.


KITCHEN APPLIANCES

Kami hanya bawa periuk nasi je masa datang. Yang lain tu semua beli kat sini la. Mixer idaman hati telah lama berkhidmat.

Sunday, January 17, 2010

Setahun berlalu

Telah setahun kami berada di Durham. Mengimbau kembali kenangan setahun yang lalu. Persiapan kami ke UK hanya dilakukan sebulan sebelum kami bertolak. Berlaku pelbagai perkara yang men tension kan yang malas nak diceritakan. Yang pasti surat kelulusan cuti belajar kami perolehi pada 17 Disember 2008 dan kami menempah tiket pada 17 Jan 2009 untuk ke UK. Kenapa pilih 17 Januari ???? Sebabnya, hujung tahun, Pejabat Bendahari dah 'tutup kedai' closing account. Semua pembayaran tidak dapat dibuat. Hanya dibuka semula pada 15 Januari 2009. Sebab itu la kami pilih 17 Januari, dengan harapan kami akan dapat duit elaun sebelum kami 'fly'

Macam-macam nak dilakukan selama sebulan tu. Passport semuanya tak de. Isi ATAS form, buat visa, clearance income tax. Public holiday banyak pula hujung-hujung tahun ni. Bendahari closing account hujung tahun. Banyak perkara tergendala kerana cuti dan juga hujung tahun. Shopping winter coat, beli baju, seluar jeans, beli komputer, beli beg, beli kasut. Kemas rumah, kemas opis. Letihnya.....

Kami ni tak ada pengalaman ke luarnegara bersama keluarga. Dulu masa bujang2 ada la. Tapi tu sekitar asia tenggara je. Banyak nak bawa. Nak bawa susu untuk 3 orang anak. Irfan 5 thn, Iffah 1thn 9bln dan Izzah 6bln.

Ulangtahun Pertama di UK

Hari ni ulangtahun pertama kami di UK. Byk yg nak dicerita tapi nanti la bila-bila free. Sedang sibuk menyiapkan 1st year transfer report & persediaan viva.

Friday, January 15, 2010

Kereta tak boleh start



Nak ke Tesco pagi ni tapi kereta tak boleh start. Mungkin kereta lama tak start masa snow + ditinggalkan di kedai semasa buat MOT. Alhamdullilah ada wire jumper Halil dan kereta Afandi yang bantu kami.

Farfalle goreng


Menu breakfast


Thursday, January 14, 2010

Snow kembali

Sudah 4 hari suhu dia atas paras beku. Snow dijalan mula mencair perlahan-lahan. Tapi hari ini snow kembali. Tapi tak la sesejuk minggu lepas. Light snow sahaja. tetapi cukup lah untuk menutupi permukaan jalan. Kurang la sikit licin nya.

Hari ni I ke school. Anak-anak dijaga oleh ayah. Ini kerana pengasuh mereka, Mak Zah pergi bercuti ke Spain. Bestnya. Nanti satu hari kami nak gi juga la. Bila la tu satu hari tu.

Wednesday, January 13, 2010

Nasi berempah



Hari ni mak masak nasi berempah. Resepi ni mak yang cipta sendiri.

Bahan-bahan :

4 pot beras
1 ekor ayam
1 bawang besar (hiris)
2 bawang putih (hiris)
1 cm halia (hiris)
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu serbuk kunyit
Kicap manis
Garam & air


Caranya :
Rebus ayam dengan semua bahan2 di atas(kecuali beras) dan dengan air yang telah disukat utk sukatan beras.
Setelah mendidih keluarkan ayam. Letakkan kicap manis dan goreng.
Air tadi campurkan dengan beras dan masak.
Kuahnya pulak : ambil sedikit air dari lebihan air rebusan ayam + kicap



Rasanya pulak, Irfan kata sedap. Ayah cam biasa makan je. Mak pulak rasa macam jintan manis tu banyak sangat. Rasanya boleh kurangkan jadi setgh sudu je. Dalam resepi ni mak rebus je semua bahan-bahan tu. Next time, kalo rajin ingat nak cuba tumis dulu sikit. Rasanya sedap lagi kut.


Sunday, January 10, 2010

Tiba-tiba

Seperti biasa, bangun pagi, mak suka tengok keadaan diluar. Tiba-tiba suasana lain sekali. Lain dari beberapa hari yang lepas. Snow pada pintu-pintu kereta semua dah tak ada. Pada bahagian bumbung juga berkurang. Kereta kami pun macam baru lepas dicuci. Bersinar-sinar. Rupanya suhu naik mendadak. Dari -ve ke +ve. Dari lingkungan - 3 ke +3. Patut la semua snow mencair. Tapi perlu berhati-hati jalan semakin licin dan juga runtuhan snow dari bumbung rumah


Sabtu.


Ahad


Saturday, January 9, 2010

Puding snow

Pagi ni, dalam kedinginan suhu -10'C, mak buat puding snow. Nama pun puding snow, jadi ianya perlulah diletakkan di dalam snow.






Friday, January 8, 2010

Roti dinosour

Roti dinosour yang disapu jem rasberi dan mentega kacang untuk juadah Majlis Kuliah Agama minggu ini.




minus 9 degree celsius (-9'C)

Setelah beberapa study dari rumah, hari ni kami ke school. Sebabnya ada fail dan kertas yang perlu I ambil untuk menyambung membuat laporan tahun 1. Suhu ketika ini -9'C. Sejukkkk... Khabarnya permukaan sungai di Durham juga membeku. Sejuk betul.

Hampir 45 minit kami menunggu bas dalam suhu -9 C. Jenuh dok berjoget2 supaya kepanasan. tapi sejuk juga. Hujung jari-jari mula kebas dan semakin tak terasa. Baju dah pakai 4 lapis termasuk T-shirt, baju thermal, baju panas & winter coat, Seluar 2 lapis, thermal & jeans. Setokin 2 lapis (thermal). Tapi masih terasa kesejukkannya. Walaupun suami disebelah. Peluk suami pun tak mau jugak panas.


Asap dari mulut


Dapat juga naik bas

Tak lama pun kami di school. Sebabnya I tak bawa laptop, jadi tak boleh la nak buat keje. Jadi kami ambil keputusan untuk balik. I balik ke rumah. Suami pula ke masjid untuk solat Jumaat. Kami menunggu bas dari arah yang bertentangan. Suhu -4C ketika itu. Suami dapat bas dahulu. I pulak menunggu keseorangan selama 37 minit.

Nampaknya seperti datang tadi, bas yg sepatutnya ada tapi telah tiada pada masa yang ditetapkan. Barangkali mereka telah mengurangkan bas sebab dalam keadaan snow yang agak teruk ni. Bas sepatutnya setgh jam sekali. Tapi nampaknya macam 1 jam sekali. tapi tu la tiada pulak terlihat atau terdengar notis. Ikut suka-suka diorang je.


Suami menunggu bas


Tempat I tunggu bas. Ada construction di bus stop yang sebenarnya.


Perjalanan balik ke rumah


Untaian salji

Wednesday, January 6, 2010

Nasi Pilau Nasi Arab



Hari ni mak masak gabungan; Nasi Pilau + Nasi Arab = Nasi Mak. Rempah nya, jiran sebelah yang kasi. Resepinya, mak guna cara masakan Nasi Arab cuma rempah yang digunakan rempah pilau. Tapi lupa lak nak ambik gambo paket rempah tu. Irfan kata sedap. Ayah kata nasi & org yang masak nasi tu memang sedap.



Salji lebat



Salji turun lebat di Durham hari ini. Sekolah Irfan pun tutup. Kami pun tak ke school. Buat keje kat rumah je.





Sekolah 2010



Setelah 2 minggu bercuti, hari ni Irfan sekolah semula. Sekolah pada tahun 2010. Mak cakap kat Irfan, kalo kita kat Malaysia, Irfan masuk Tahun/Darjah 1 sekarang. Wah.. mak tak dapat bayangkan kami kena bangun awal-awal pagi sebab Irfan dah sekolah rendah. Rasanya pukul 7 dah kena pegi sekolah. Haa.. awalnya.

Pagi ni, budak-budak ni liat je nak bangun. Yer la dah sedap 2 minggu bangun lewat. Tambahan pula dengan cuaca yang masih gelap dan sejukkk. Malam tadi Irfan dah order pizza. Haaa... terpaksa la mak bangun pagi nak buat pizza. Mak pun rasa malas je sebab sejukkkk...

Hari ni balik sekolah, mak yang gi ambik Irfan. Konon-konon nak ambilla gambar Irfan kat sekolah dalam keadaan ber snow. Tapi Irfan pulak tertinggal topinya dalam kelas. Dia masuk semula ambil. Bila keluar, snow turun semakin lebat. Jadi kami balik je cepat-cepat. Tak sempat posing. Memang snow lebat betul petang tadi.

Irfan kata, teacher kata tak lama lagi birthday Irfan. Eh..eh.. pandai je teacher ni. Birthday Irfan bulan 2. Irfan dah order kek Ben 10 kat emak. Birthday nye nanti nak pakai baju Ben 10. Mak kata kalo mahu dengar & ikut cakap mak, nanti mak buatkan kek Ben 10. Ni sekarang nak kena gi cari Ben 10 tampal kt kek.

Monday, January 4, 2010

Lepat pisang UK

Dah lama tak makan lepat pisang. Jadi hari ni mak buatla lepat pisang. Daun pisang yang beli minggu lepas pun nampaknya ok gak dan pisang pun ada beberapa biji. Jadi berlepat la hari ni dalam suhu -2'C.




Sunday, January 3, 2010

Main di snow park

Dah lama tak bawa anak-anak main-main di park. Jadi hari ni mak bawa la. Sampai di park, ada Nani & family. Bertambah meriah la budak-budak ni bermain.






Ayam-ayam Bowburn makan snow





Izzah & Izzah tak mau main.


Jom balik