Wednesday, March 2, 2011

Kembara Cambridge

Mak menghadiri 7th International Thin-film Transistor Conference di Cambridge.  Angkut satu keluarga.  Kami bermalam di Premier Inn North (Girton).  Mak telefon tanya boleh bawa anak 3 orang tak?  Dia kata boleh, jadi kami pun sewa Premier Inn la.  £230 untuk 3 malam.

P1150078P1150079

Kami sampai ke Cambridge lebih kurang pukul 5 ptg.  Lepas check in, kami keluar.  Banyaknye basikal di Cambridge.  Siap ada lorong khas untuk orang berbasikal.  Kt Durham ada jugak basikal tapi tak de la sebanyak di Cambridge.  Durham terlalu berbukit kut.  Banyak sorong basikal je nanti.  Kami pusing-pusing bandar je dulu.  Mak call Tee, rakan sekerja di Msia yang sedang study di Cambridge U.  Tanya tempat makan halal.  Dia cadangkan kami ke beberapa restoran.  Ada 3 yang dia cadangkan.  Cukupla 3 malam kami di Cambridge, boleh try 3 kedai makan.  Kebanyakkan kedai halal terletak di Mill Road.  Ada yang sedap, ada yang kureengg.  Ridwan (CB1 2AW), Sweet N Spicy (CB1 2BD), Bosphorus (CB1 2AS).

P1150091P1150099

Conference 2 hari.  Mak present poster je.  Sementara itu ayah bawa anak-anak jalan-jalan bandar Cambridge naik bas Park & Ride.  Kalo ayah le yang conference, mesti mak dok je kat hotel.  Tak berdaya nak bawa 3 orang anak kecikkecik ni jalan sorang-sorang. Petang, selepas conference, baru le pergi jalan-jalan bersama Tee.

DSC_5433

DSC_5519DSC_5494DSC_5462DSC_5459DSC_5525DSC_5490

DSC_5451DSC_5474DSC_5509

Hari ke 2, baru mak ada masa free.  Mak tak join lunch.  Pergi ber 'punting'.  Kami bayar £25 untuk 1 keluarga dan 1 punt.  Ni kira punt persendirian.  Kalo yang dibawah company harga di antara £36 - £42 untuk 1 keluarga.  Kalo nak naik punt, jangan terus ambil offer.  Tanya dulu dari pelbagai company untuk mendapat harga yang lebih rendah. 

DSC_5536DSC_5595DSC_5598DSC_5610DSC_5587DSC_5715

DSC_5570DSC_5567DSC_5555

DSC_5614DSC_5671

DSC_5626DSC_5633DSC_5634DSC_5681DSC_5674

Cantikla Cambridge ni.  Bangunan lama yang terdiri dari pelbagai college.  Kami masuk Clara college sebab free.  Kalau King College kena bayar 4.50 pound.  Bukan tak mampu bayar cuma masa tak mengizinkan.  

DSC_5753

Tuesday, February 22, 2011

Sunday, February 20, 2011

Muzium keretapi York

Rombongan orang-orang kampung Bowburn ke York.

Wednesday, February 16, 2011

Iffah dengan baju kotak-kotak




Sekarang cuaca kira dah tak berapa sejuk.  Iffah dah lama nak pakai baju kotak-kotak.  Jadi sekarang boleh le pakai tapi mak masih pakaikan juga sehelai lagi baju kat dalam.  Cuaca ni tak menentu juga kat UK ni. 

Tuesday, February 8, 2011

Mak di Durham World Heritage Site

 

Hari ni saja-saja mak buka website pasal Durham Heritage.  Tup..tup.. terjumpa lak gambar Mak sedang dukung Izzah di tengah-tengah Zaman Viking. 

http://www.durhamworldheritagesite.com/architecture/palace-green

Cuba la cari Mak di bawah tajuk ‘Palace Green & Surrounding Buildings’. 

Kalo tak jumpa gak.  Tengok kat sini la. 

<SAMSUNG DIGITAL CAMERA>

Sunday, February 6, 2011

Untuk dijual–Honda

 

UNTUK DIJUALDSC_5172

Model : Honda VTEC SE

Tahun : 1999

Warna : Merah

MOT : Jan 2012 (11 bulan)

Cukai jalan : July 2011

Mileage : 120 000 ++

Harga : GBP 920

Telefon : 07871996719 atau naso70@yahoo.com

DSC_5173DSC_5174DSC_5175DSC_5177DSC_5179DSC_5178

Jualan seri kaya

 

Minggu ni mak buat jualan seri kaya je.  Harga 2 pound sebekas.

Masih dalam mood malas masak sebab ada rasa sedikit ke stressan.

P1140946P1140947