Thursday, June 24, 2010

Mak di Paris – Hari ke 5

 

Hari ni hari terakhir conference.  Mak pergi lambat sikit.  Speaker yang sesi pagi tu, bukan bidang yang mak buat.  Malas nak gi melopong pagi2 kat tempat conference.  Mak pergi sorang je pun.

Conference habis awal hari ni sebab ada speaker yang tak datang.  Jadi kami pun pergi berjalan-jalan.  Cuaca panas terik.  Kami ke de Louvre Museum.  Tempat lukisan MonaLisa.  Mak tak masuk pun.  Bayaran 9.50 euro.  Kawan-kawan mak masuk free sebab diorg dari negara EU dan berumur bawah 25 thn.  Tapi tak masuk pun rasa tak berapa rugi.  tengok gambar yang kawan mak ambil tu pun, byk patung separuh bogel je pun dan juga pelbagai lukisan.  Sebenarnya mak dah penat sgt.  Berjalan dari stesen RER ke monument de Concorde dan garden depan muzium tu.

P1120397 P1120402 P1120433P1120407P1120413P1120426 P1120423P1120428 P1120420

Mak balik sorang-sorang ke hotel dan singgah kedai souviner.  Lepas rehat di hotel.  Mak keluar semula untuk makan malam dengan kawan-kawan mak.  Kemudian kami ronda-ronda Paris lagi waktu malam.

P1120436 P1120438 P1120448    P1120463

Mak di Paris – Hari ke 4

 

Hari ni berlaku mogok di Paris.  RER line A & B di tutup.  Stesen berhampiran dgn hotel adalah line B.  Ngapa la mogok hari ni pulak.  Mogok la minggu depan.  Dari hotel kami terpaksa ke RER line C.  Rasanya dekat 20 minit jugala.  Cadangnya nak naik bas tapi tak jumpa pulak bus stop yg ke tempat conference.  Penat nya berjalan dalam kepanasan.

Malam ni pula ada dinner conference.  Kawan-kawan mak pakat nak gi jalan kaki je.  Jauh jugala.  Tapi kata diorg nak ke next RER pun jauh gak & jalan kaki ke tempat dinner pun lebih kurang je.  Jadi jalan kakila.  Jalan kaki kalo tak sesat memangla dekat.  Kalo dah sesat barat, 45 minit baru sampai tempat dinner.  Nak tercabut rasa kepala lulut ni mengejar budak-budak ni.  Budak2 ni dah la muda remaja, tinggi2 pulak tu.  1 langkah diorg sama dengan 2 langkah mak. jenuh mengejar.

Ikutkan hati memang malas nak pergi dinner.  Tapi disebabkan nak melihat bagaimana budaya mereka.  Pergi je la.  Sebelum tu mak dah telan tortilla siap2.  Kut-kut tak de yang boleh dimakan, kebulur la pulak.

P1120340  P1120339 P1120342

Dinner diadakan di atas restoran di atas kapal.  Dinner bermula jam 8 malam.  Dari jam 8 – 9.30 mlm, aktiviti minum wine,champagne.  mak minum orange juice.  sejam setengah minum & borak-borak, bina networking.  Kami ni kepenatan & lapar.  9.30 baru masuk kapal.  Diorg kasi wine lagi sorang semeja.  Tak lama sampai starter.  Lepas starter, main course kasi lamb sorang sepaha.  Mak tak de la makan.  Dah tentu tak halal.  Mak makan roti dan minum air kosong je sambil tengok orang makan.  Masa tu teringat Maggi kat bilik.  Balik ni nak telan maggi la.

Lepas diorang semua habis makan.  tetiba waitress tu datang kasi makanan utk mak.  Grill fish & sayur.  Harap-harap tak de la apa-apa yg tak halal.  Baca Bismillah, makan je la.  Mak  tengok dia bawa 3 pinggan je.  Maknanya utk 3 org je.  Yg mak tahu sorang committee tu Muslim sebab pakai tudung  dan rasanya ada sorang lagi lelaki Muslim.  Nasib baik la.  lepas makan diorang buat aktiviti manari.  kami pun balik la.  mak cadang nak naik teksi je tapi diorg nak jalan juga.  Nak naik teksi sorang2 takut la pulak.  dah la malam.  Jadi terpaksa la berjalan juga.  Campur sesat barat, 1 jam juga la baru sampai hotel.  Sampai hotel terus baring & tidur.  Pukul 2.45 pagi baru tersedar.  Solat Isyak dan solat subuh yang masuk jam 3.15.  Kemudian sambung tidur.  Penatnye….

P1120345 P1120347P1120343  

P1120352 P1120349

Wednesday, June 23, 2010

Mak di Paris – Hari ke 3

 

Hari ni sesi oral & poster presentation.  Boleh tahan ganas-ganasnya diorang buat kerja.  Banyak nya perkara yang mak masih tak tau. Ohhhh….

P1120295P1120286 

Kawan-kawan mak dah balik awal.  Mak je yang tunggu sampai petang sehingga sesi habis. Sebabnya mak nak tunggu presentation dari speaker yang terakhir.  Lepas tu mak balik sorang je.  Dah pandai naik train. hihi.

Malam tu kami makan di restoran Indonesia halal yang ada juga menjual arak.  Tapi yang bestnya ada air kelapa.  Lamanya tak minum air kelapa.  Hari ni kami tak ke mana-mana sebab kawan-kawan mak nak ready untuk poster presentation esok.  Tapi lepas makan kami singgah jap di garden yang berhampiran dengan hotel kami.  Banyak betul orang lepak-lepak ditengah-tengah panas.  Garden tu juga ada banyak patung-patung.

P1120296 P1120297  P1120303 P1120309 P1120308 P1120306

Tuesday, June 22, 2010

Mak di Paris – hari ke 2

 

Hari ni conference bermula.  Kami naik RER ke tempat conference.  Wow ada train 2 tingkat.  Kat UK tak de rasanya.  Tapi trainnye tak la ‘gah’ sangat.  Train stesen tak berapa bersih + bau hancing di tangga stesen train. Mak rasa train/komuter/LRT kat Msia tu 10 kali lebih bersih.

P1120220 P1120274 P1120225

Hari ni sesi tutorial je.  Tutorial ni kira macam ceramah la.  Sesi satu memang best dan amat berkaitan dengan kerja-kerja mak.  Sesi ke 2, mak rasa boring sikit sebab kurang berkaitan + banyak formula matematik.  Sesi ke 3, kami tak pergi sebab dah penat sangat dan juga tak berkaitan.

 P1120363  P1120364 P1120224

Seterusnya kami ke Eiffel Tower.  Banyaknye manusia.  Banyak juga yang mempromosi untuk beli souviner.  Menakutkan juga.  Mak ni bukannya boleh tengok orang ramai-ramai.  Mulala rasa semacam je.  Kami tak naik pun sebab ramainya orang berbaris.  Eiffel tower ni waktu siang sungguh la tak cantik.  nampak macam besi buruk je.  Tambahan pula ada kerja-kerja membaikpulih di kawasan bawah tu.  Kami berjalan-jalan dipersekitaran dan seterusnya cari tempat makan.  Hari ni mak makan ‘lasagna salmon’ yang sungguh cheessy.  Mula-mula makan ok, lama2 naik muak la. 

P1120227 P1120250 

P1120232 P1120233 P1120234

P1120261 P1120262

Kemudian kami ke Arc de Triomphe.  Ini adalah monument peringatan perang.  Ukiran patung-patung termasuk ada yang tak sesuai utk pandangan kanak-kanak.  Kami tak la berjalan sepanjang Champs Elysees Avenue.  Deretan kedai brg luxury dan restoran-restoran.  Kami balik ke hotel je selepas tu. 

P1120264 P1120267

P1120269 P1120270 P1120271

Monday, June 21, 2010

Mak di Paris – Hari pertama

 

Mak ke Paris bagi menghadiri ‘International conference in Organic Electronics’.  Bersama 4 lagi rakan, kami ke airport dengan menaiki teksi.  Ayah hantar mak ke pintu teksi je.  Kami menaiki Easyjet ke Paris.  Inilah kali pertama mak menaiki kapal terbang dari Newcastle.  Dan inilah kali pertama mak keluar dari bumi UK.  Bertolak dari Newcastle lebih kurang jam 2.00 ptg dan sampai ke Paris jam 4.30ptg (waktu Paris).  Waktu di Paris 1 jam lebih awal dari UK.

Sepatutnya ada shuttle yang akan mengambilkan kami.  Tapi bila call, dia kata tiada tempahan dibuat sedangkan bayaran telah dibayar.  Jadi kami naik la teksi & bayar sendiri dulu. 55 Euro dari airport ke hotel.  Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa 1 jam lebih sebab kesesakan lalulintas.  Di samping tu mula dapat melihat ‘seni’  kota Paris.

P1120206 P1120207

Kami menginap di Hotel du Bresil.  Terletak berhampiran stesen RER Luxembourg.  Dan berada di dalam zon 1.  Ni kira tengah-tengah kota Paris la. Hotel ni taraf 2* je.  Tapi sewanya = 85 euro untuk 1 malam dan sarapan 6 euro.  Kami ambil bilik single room, so mak dok sorang-sorang la.  Bilik & tandas yang kecil je.  Ada 1 tv kecik, sabun mandi, syampo & tuala.  Kettle tak de.  Nasib baik mak bawa kettle yang dipinjam dari Marlina.

P1120216 P1120217

P1120211 P1120313 

Setelah berehat sebentar, kami keluar untuk mencari makan malam.  Sebenarnya mak dan bawa bekal tortilla.  kat airport dah makan satu.  Ada lagi satu untuk di makan nanti.  Di luar kawasan hotel, suasana bising dengan bunyi live band di setiap lorong.  Manusia memang ramai. Menakutkan pulak rasanya.

Kami ke restoran yang berhampiran.  Restoran Cina. Tak ada satu menu yang menyakinkan untuk dimakan.  Orang cina/thai biasanya akan mencampur semua masakan mereka dengan sup b*.  Jadi walaupun namanya sup sayur tapi perencahnya biasanya memang adala campuran b*.  Jadi mak minum orange juice je sambil melihat kawan-kawan makan.

Lepas makan kami terus balik ke hotel.  Bunyi bising masih kedengaran.  Mak on tv.  Tapi semua rancangan dalam bahasa Perancis.  Pukul 12 mlm baru la live band tu berhenti.  Rupa-rupa nya hari ni adalah Music festival di seluruh France.  Patutla semuanya berpesta.

P1120213 P1120432

Sunday, June 20, 2010

Selamat hari bapa

SELAMAT HARI BAPA




Siang terpanjang

Sekarang ni merupakan waktu siang terpanjang pada tahun ni. Musim panas sekarang ni. Waktu subuh masuk pukul 2.19 pagi dan Maghrib 9.48. Kalau berpuasa sekarang ni adalah kira-kira 19 jam 29 minit.

Siang yang panjang memudahkan aktiviti nak berjalan-jalan. Tapi kami tak de rancangan ke mana-mana. Cuma mak yang akan menghadiri conference di Paris selama 1 minggu. bermula Isnin nanti (esok). Diharap semua berjalan dengan lancar. Selamat pergi, berada di sana dan selamat kembali. Juga semoga selamat dan sihat sejahtera anak-anak dan suami yang ditinggalkan. Inilah kali pertama berenggang dengan Izzah sejak dilahirkan. Semoga dipermudahkan.




Resepi Ayam Bowburn



Resepi Ayam Bowburn



1 ekor ayam kecil (small/baby chicken)
Daun kunyit
garam


Bahan A
2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun tak pe)
2 tangkai cili kering (nak pedas, letak banyak la)
minyak

Bahan B
2 sudu dessicated coconut
2 biji buat tomato
air

Cara-caranya
1. Blender bahan A. Jangan letak air, letak minyak je sikit.
2. Masak bahan A atas kuali hingga mendidih
3. Masuk ayam dan masak hingga separuh masak.
4. Blender bahan B dan masukkan dalam kuali
5. Bila hampir masak, masukkan garam dan daun kunyit yg di hiris.

Selamat mencuba. Ni resepi mak buat sendiri. Irfan kata sedap. Kira ok la tu.

Saturday, June 19, 2010

Bila Iffah pergi shopping

 

Pakai topi, bawa hangbag dan kamera.

P1120180