Thursday, June 17, 2010

Saturday, June 12, 2010

Tidur di highway

Balik dari Beamish museum, kami tersangkut di tengah highway. Ada accident. Di UK ni kalau accident, selagi tak settle semua, jangan harap la dapat bergerak. Matikan engin kereta je. Nasib baik anak-anak keletihan dan tidur. Buka tingkap sikit. Sedapnya udara sejuk dari luar. Akhirnya mak dan ayah pun tertidur juga. Bayangkan driver boleh tidur nyenyak di tengah-tengah highway. Orang lain ke luar dari kereta dan borak-borak pasal bola.

Tapi apa yang menarik di UK ni ialah pasal berbaris. Walaupun jalan jam, tapi mereka masih berbaris mengikut giliran dan masih dalam 2 lorong. Kalau kat Malaysia mesti dah jadi 4 lorong. Bila lalu tempat accident tu, tak tau apa terjadi. Semua dah settle.




Rombongan ke Beamish Museum

 

P1120166

Kami menyertai rombongan Family society, Ustinov College ke Beamish Museum.  Beamish Museum di terletak di Stanley (DH9 0RG).  Lebih kurang 20 minit dari rumah kami.  Ianya adalah sebuah Open Air Museum (muzium terbuka).  Bayaran masuknya mahal la jugak, Dewasa :£16.00 , Kanak-kanak £10.00.  Tapi boleh ambil tiket setahun.  Maknanya tiket tu terbuka selama setahun.  Boleh datang banyak kali. Tapi oleh kerana kami pergi mengikut rombongan.  Kami hanya bayar untuk orang dewasa £3.00 dan kanak-kanak free.

Besarnya kawasan muzium ni.  Ngapa tak buat kecik sikit.  Penat la.  Tapi boleh naik tram untuk ke kawasan yang seterusnya.  Tramnya banyak dan pelbagai.  Best jugak.

P1120149 DSC_3266

DSC_3295

1) Colliery Village

Perkampungan pekerja lombong.  Boleh masuk ke dalam lombong tapi kami tak pergi sebab ramai sangat orang & pushchair tak boleh nak masuk.  Kat luar pun dah cukup.  Ada sekolah, church, stor, train workshop dll

 

DSC_3270 DSC_3280 DSC_3290  

DSC_3456DSC_3474DSC_3478 DSC_3486 DSC_3468

2) The Town

Dah tentunya bandarnya.  Macam-macam ada.  Letak sikit gambar dah la.

DSC_3403 DSC_3299 DSC_3356  DSC_3324DSC_3310 P1120152

Dah penat berhenti makan la.  Potluck.  Ada nasi goreng, pasta goreng, sate, kek, cekodok dll.

DSC_3392 DSC_3393

3) Railway Station

Naik keretapi stim.

DSC_3419 DSC_3428 DSC_3436

4) Home Farm

DSC_3448 DSC_3447 DSC_3452

5) Pockerley Old Hall

 DSC_3499 DSC_3505 DSC_3504

6) Pockerley Waggonway

Naik keretapi lagi.  Best…

 DSC_3530DSC_3527P1120162  

Best gak muzium ni.  Konsep open air nye memang bagus ditambah pula ada pelakon-pelakon yang berpakaian pada zaman Georgian.  Memang menarik.  Banyak gambar di ambil tapi tak larat nak tampal semua.  Cukupla apa yang ada.  Kalau semua gambar letak kat sini, nanti jadi MUZIUM pulak blog mak ni.

DSC_3334

Monday, June 7, 2010

Rawatan pergigian di UK

Kali pertama mak mendapatkan rawatan pergigian di UK. Rawatan agak mahal (bila ditukar currency) berbanding di Malaysia. Tapi kos rawatan adalah di tetapkan mengikat kadar yang ditetapkan oleh NHS. Tapi budak-budak bawah 18 tahun, pregnant & ibu kepada bayi umur bawah 1 tahun adalah percuma.

Menurutkan rakan di sini, perlu buat appointment dahulu. Biasanya 2 -3 minggu. Lamanya.... Tapi kalau nak cepat kena kata emergency dan gigi sakit. Hahaha... ok gak tu.

Klinik gigi yang berhampiran adalah di Coxhoe. Tapi atas cadang Lufti, mak bercadang nak pergi klinik di Ferryhill. Kliniknye besar, ada ramai doktor dan ada banyak cawangan.

Mak telefon pukul 10 pagi untuk buat appointment dan kata emergency sebab gigi sakit. Bukannya sakit tapi sebenarnya tampalan gigi hadapan dah pecah. Dah rongak. Dia kata kalau emergency kena call pukul 8 pagi. Esoknya mak call dan dapatla appointment pada hari tersebut juga jam 12.30 tghari.

Dentist yang merawat adalah India yang nampak baik & smart orangnya. Irfan pun masuk juga tengok mak tampal gigi. Dentist tu kata dia hanya boleh tampal gigi mak yang emergency sakit tu je sebab ini kes emergency. Ingat boleh la tampal sikit yang kat belakang tu. hihi. Tak boleh. Dia cadangkan mak buat appointment lain utk check gigi secara keseluruhannya. Kos tampalan gigi emergency pada hari tersebut adalah £16.50. Tapi biasanya tampalan kena £45.60. Tapi rupanya kes emergency £16.50. Lain kali kena cakap emergency la. hihi.....

Mak buat appointment untuk check gigi. Dapat tarikh minggu depannya. Ok gak... cepat juga... Kali ni dentistnya orang Inggeris yang kuat gak telo nye. Tak berapa faham dia cakap. Macam lidah pendek. Kurang jelas apa kata-katanya. Yang mak faham dia kata gigi mak ok cuma dari segi kebersihan je kurang. Dia tanya berapa kali gosok gigi. Mak jawab 2 kali sekali. (Kekadang 1 kali je, hihi). Berapa lama gosok gigi? Haa... tak pernah la pulak timing. Tapi sekejap je la. Dia kata gosok gigi kena paling kurang 4 minit. Lamanya.... dia suruh timing 4 minit. Dia tanya ada guna mouth wash & dental floss tak? Mak kata tak pernah? Dia suruh guna dan dia cadangkan guna brand Listerine. Ok la... lepas ni kena cuba.....


Depan klinik

Tempat main budak

Sunday, June 6, 2010

Tetamu dari Edin

Kak Razilah, suami dan mak ayahnye berkunjung ke rumah kami. Mereka gi jalan-jalan di Lake District dan kemudian bermalam di rumah kami. Anak-anak suka sebab ada Tok & Opah. Sempat bawa mereka ke car boot je. Banyak agenda mereka di Newcastle pula. Lain kali datang lagi. Datang lama-lama sikit.






Wednesday, June 2, 2010

Iffah demam

Hari ni, dah masuk 3 hari Iffah demam. Tak mau makan, tak mau susu, semua tak mau. Mau minum air kosong. Dilapkan badan dengan kain basah tak mau. Letak coolfever kat dahi pun tak mau. Makan ubat pun susah. Dah masuk dikeluarkan semula. Mana la nak baik. Badan makin kurus. Katanya mulutnya sakit.

Mak bawa jumpa Dr. Rupanya tonsils Iffah bengkak. Patut la tak nak makan. Dr bagi antibiotik Pennicilin untuk di makan selama 10 hari. Lamanya....

Tuesday, June 1, 2010

Kursus pengurusan masa & jalan-jalan

2 minggu lepas, I & hubby menghadiri kursus pengurusan masa. Entah kali ke berapa kami mengikuti kursus yang semacam ni. Ya... di mana masa anda terbuang?

I cuba la merangka pelan tindakan pengurusan masa yang dicadangkan. Haha.. tak sampai 1 hari dah hancus. Memangla dah senaraikan apa yang nak dibuat (bab study), malangla banyak keadaan melebihi masa yang dianggarkan. Menurut instructor, kena review semula. Asyik rancang dan review semula je. Habis tu, masa habis dok me review je. Setelah mencuba rasanya I ni bukannya orang yang jenis berdisiplin (bab study je). Rasa tertekan bila nak mengikuti perancangan yang dibuat. Kejap-kejap dah tengok jam. Bila tak siap, dah carry forward. Tu belum lagi yang datang ad hoc. Rasanya bila tertekan lagi tak boleh study.

Tapi cuba satu je pelan tindakan yang boleh diikut. Iaitu bab jalan hujung minggu. Sebabnya masa spring summer ni la orang di UK ni boleh berjalan-jalan. Bila dah sejuk nanti dok rumah je. Jadi selalunya aktiviti hujung minggu dipenuhkan dengan aktiviti yang seboleh mungkin. Pagi-pagi dah bangun, nak gi mana? next gi mana lak, next lagi gi mana???? Tapi tu la jalan-jalan kami pun setakat kawasan sekitar North East je la. Tak mampu nak jalan yang melibatkan terpaksa bermalam. Bukan masalah kewangan tapi masalah pengurusan dan masalah kepenatan. Banyak yang perlu di survey sebelum berjalan, belum lagi ditambah kepenatan. Bila Isnin menjelma masing-masing kena sambung study. Bila dah penat cam mana la nak study.

Sudah hampir 17 bulan kami di UK, masih belum menjejaki kota London. Apa ada di London? I tak suka dengan kesibukan di Kuala Lumpur? Bagaimana di kota London? Samakah seperti di KL?



Adik ku di kota London.




Princess Fiona????




Siapa presiden ????