Sunday, May 17, 2009

Wharton Park

Dah 2 hari memerap je kat rumah. Cuaca mendung dan hujan menyebabkan kami malas nak keluar. Tapi kesihan pulak kat anak2 ni, Weekend dok rumah je. Jadi digagahkan juga la keluar petang tadi.

Kami ke Tesco beli sikit barang dapur + susu Iffah Izzah. Kemudian kami Wharton Park. First time pegi. Tak jauh pun, kt bandar Durham ni je pun. Tengok google map dan cari. Berpusing 2, 3 kali le juga sebab tak perasan mana pintu masuk nya. At last jumpa la.

Wharton Park ni terletak di atas bukit. Dari puncak bukit tu boleh nampak Cathederal & landasan keretapi dan sebahagian bandar Durham. Kat sini juga ada playground. So bawa la diorang main dulu. Tgh main hujan la pulak. So tak sempat nak ambil gambar sekitar Wharton park ni. Ni je ada sikit gambar. Tu pun dalam hujan renyai2.

Kalo nak tengok gambar Wharton Park dan lain-lain lagi di Durham, boleh juga tengok di :
http://www.britain360.co.uk/viewPano.php?id=26

Ni gambar kami dengan kamera murahan. So tak de la cantik sangat. Boleh la...



Saturday, May 16, 2009

Mendung

Cuaca di Durham mendung dan hujan sekarang ni. Malasnya rasa nak keluar. Mata pun beratttt...... sangat rasanya. Bangunnnnnn............. studyyyyyyyy.......................

Friday, May 15, 2009

Rutin

Rutin kami sekarang, weekdays.

8.55 -9.00
Ayah hantar Irfan school. Mak siapkan breakfast dan masak untuk lunch sekali. Kasi makan Iffah Izzah.

9.12 or 9.52
Mak naik bas ke school. Dok di bilik or library or buat keje di lab. Ayah jaga Iffah & Izzah di rumah.

2.05
Naik bas balik rumah.

3.00
Ayah ambik Irfan dr school & hantar ke rumah. Then ayah pulak pergi ke school sampai kul 7.00. Mak jaga Iffah Izzah.

Tapi kekadang ayah kena pegi school pagi. Mak pulak akan pegi petang or mak tak pegi langsung sebab mak memang tak suka gi school bila dah petang. Tak de mood.

Kekadang tu mak@ayah terpaksa bawa Iffah & Izzah sekali untuk ambik abang dari sekolah. Kesihan diorang. Pukul 3, time diorang tgh sedap2 tido. Terpaksa diangkat ke stroller sebab nak ambik abang dari school.

Semalam cuba tanya nursery yang dekat rumah ni. Cost untuk Iffah Izzah. Full day: Izzah 38++ pound sehari. Izzah 34++ pound. Kalau sebulan lebih kurang 1500 pound. Kalo dalam RM dalam RM 7950. Elaun yang kami dapat hanya 1211 pound sebulan. Kalau half day lak dalam 900 pound sebulan. Half day tu dr pukul 7.30 sampai 1. Kami kalo boleh nak yang dari kul 9 -3. Yang tu di kira full day. Kalau guna gaji yang kat M'sia pun still tak mampu nak hantar anak-anak ke nursery.

Kami ni 2 orang belajar. Tapi elaun sama dengan dengan staf yang seorang je belajar. Rasa tak fair je. Kalau dia mau kasi elaun sara hidup untuk diri sendiri pun kira dah ok. Elaun keluarga tu kira anak2 dah la. Boleh gak cover untuk hantar anak ke nursery.

Jadi kami terpaksala gilir-gilr ke school/study. Macam buat PhD part time lak & jaga anak full time. Cemburu gak bile tengok kawan-kawan yang dapat gi school dari 9 - 5 ptg. Ni mesti boleh habis PhD on time. Ada pulak masa untuk keje part time lagi. Kami ni memang tak boleh nak keje part time. Masa yang ada tu adalah untuk berehat & juga untuk study mana yang sempat.

Walaubagaimana dengan elaun yang ada tu kami cukup la makan pakai. Nak melancong jauh2 tu masih belum berkemampuan. Boleh la juga nak study wlaupun tak sepenuh masa. Doakan la segalanya dipermudahkan untuk kami sekeluarga di sini.

Setakat 4 bulan ni kira ok la. Rutin kami masih dalam kawalan. Tapi bila masuk 2nd year nanti rasanya akan lebih mencabar. Mak kena ke lab, ayah pun kena ke lab. Anak-anak? Ada sesapa boleh tolong jadi babysitter?????

Wednesday, May 13, 2009

Birthday Ayah

Hari ni birthday ayah Irfan, Iffah & Izzah. So breakfast pagi ni, mak buat bun. Ni first time buat. Lunch mak masak fusili.




Untuk birthday kek pulak, mak buat 2 birthday kek untuk ayah.




Hadiah birthday untuk ayah




4 kad birthday dari Irfan. Sorry la mak tak beli kertas warna. Mana nak tau Irfan nak buat kad birthday untuk ayah. Kalau dah cakap awal-awal mak belikan la. Irfan buat sendiri kad tu. Lukis, color, gunting, gam dll.




Gambar-gambar masa sambutan birthday ayah. Kami sekeluarga je pun.






Sedapnya Izzah makan kek tu........


Dah mandi dan tukar baju. Penuh kek satu badan tadi.



Tuesday, May 12, 2009

Sikat . Kedekut or jimat ???



Nak cerita pasal sikat. Mak dah beli sikat baru. Sebabnya... sikat mak yang warna merah tu ada orang gunting sampai tinggal separuh je jejari sikat tu. Sapa yang gunting tu tak tau la. Bila tanya semua tak mengaku. Walaupun mak boleh agak siapa yang gunting sikat tu. Tau tak sikat merah tu mak beli & pakai dari mak belum kahwin lagi dan sekarang sampai anak dah 3. Kahwin pun dah dekat 8 tahun. Tup..tup sesenang je anak mak gunting sikat mak. uhuk.... uhuk... sedihla juga. Mak ni dah la jenis yang susah nak beli sikat. Sebabnya susah nak berkenan dengan bentuk dan jejari sesikat. Tapi yang baru tu just beli je sebab dah tak je choice. Tapi ok la juga. Cuma pemegangnya besar la sikit.

Mak ni jenis jimat orangnya. hehe... selagi tak hancur, selagi tu la pakai. Tapi opah selalu kata, itu 'kedekut' namanya tu. Mana ada... jimatla tu. opah gak yang ajar dulu. Kena jimat jangan membazir. Teringat pulak dulu masa baru grad degree dan kerja TNB. Mak pakai kasut warna hitam yang mak pakai masa study kat UTM. Pastu kasut tu adala koyak kat 1 part tu. Mak stapler je dan color dengan marker hitam. Ok pe... tapi masa tu tak dapat gaji lagi. Mana nak ada duit beli kasut. Tapi rasanya beli kasut baru pun lepas 3 bulan keje kut. hahaha... Tu pun sebab kasut tu dah terkoyak teruk sangat sampai tak leh nak di stapler. Kedekut ke jimat tu ???

Monday, May 11, 2009

Buku & report

Bila la nak habis baca buku-buku ni terutama sekali buku yang atas sekali tu. Buku yang supervisor tulis. Kena baca tu...




Report yang hantar hari tu dan juga log book.


Sunday, May 10, 2009

Bahulu

Rasa nak makan bahulu lak hari ni. So buat la. Bahulu simple je pun.

Mula-mula masukkan telur & gula dalam mixer dan pukul hingga kembang. Bila adunan tu dah putih, kira kembang la tu. Buh vanila & tepung dan pukul lagi. Kemudian bahagi 2 dan warna satu bahagian. I letak perwarna warna pink yang baru di beli. Ala.... tak menawan la.... Dah buh banyak dah tapi tak menarik gak warnanya. Lain kali nak buh merah lak. Kemudian lapiskannya berselang-seli.






Kalo nak kasi cantik lagi buat la macam spider web



Bakar selama 1 jam dengan suhu 170 darjah celsius. Dan hasilnya.





Kurang menarik perhatian. Penat buat spider web tadi. Tak nampak pun. Tapi rasanya ok cuma manis sikit. Next time buat nak modify sikit resepi. So resepinya.. nanti la. kalo dah jadi lawa baru leh publish.


Saturday, May 9, 2009

Teeside Park

Hari ni kami ke Teeside Park lagi.




Hari tu secara tak sengaja kami terjumpa Teeside Park ni. Kali ni memang kami sengaja pegi. Sebabnya mak nak tengok apa ada kat kedai ni. 'Hobbycraft' namanya.




Kedai ni menjual pelbagai peralatan yang berkaitan hobby terutamanya seni seperti menjahit, menyulam, mengubah dan juga menghias kek. Mak sebenarnya nak cari peralatan menghias kek. Ada la jumpa tapi tak banyak dan mahalnya.... Just beli perkataan 'Happy birthday' harga 44 pence. Cam tak berbaloi la pulak. Yer la, kalo tak pegi tak tau la pulak apa ada kat situ.




Kami pun ronda-ronda tengok apa lagi kedai yang ada kat situ. Kami singgah juga kedai 'Stapler'. Kedai stationary untuk beli stapler. Cam la tempat lain tak de. Sebenarnya just nak tengok harga kat kedai tu. Mahalnya... Baik beli kat Tesco or Asda je. Tapi beli le juga. stapler yang paling murah. Ni gambar Izzah seronok main stapler.




Lepas tu kami nak la gi rehat dan makan kat tepi sungai. Ada la kawasan rehat. Sampai je situ hujan. Makin lama, makin lebat. So tak de la posing kat luar. Ni gambar dalam kereta. Masa tu tu hujan tak lebat lagi. Iffah tidur keletihan.


Friday, May 8, 2009

Kuih cara manis



Pagi ni buat kuih cara. Bahan-bahannya : telur, susu, tepung, garam, gula, pewarna. Kenapa yer namanya kuih cara??? Hari tu masa gi International Food fair kat Durham ada la kuih ni yang sebiji cam kuih cara. Bentuknya pun guna bentuk yang sama. Tak tanya la pulak namanya tapi dijual di kedai orang Dutch. Yang bezanya, kuih tu dalam nya dia tak bubuh apa-apa. Cuma masa nak makan bolehlah ditabur di atas nya dengan apa-apa toping yang dikehendaki seperti gula, madu, coklat dan juga kelapa.


Thursday, May 7, 2009

Roti & sosej

Hari ni rasa malas sangat nak masak. Kalau kat M'sia, dah lama pegi kedai beli. Kat sini semua kena buat sendiri. Roti ada so buat roti & sosej je la. Sonang.


Mula-mula potong roti dan letakkan 2 lapis dalam tray





Then, letak sos pasta,






Potong sosej dan susun kat atas roti





Taburkan cheese. Banyak lagi sedap. Tapi I letak sikit je sebab tu je yang ada.





Masuk oven dan bakar 170 C selama 15 minit. Hasilnya
.................





Dah boleh dimakan






Bekal sekolah Irfan lak dia nak bawa sosej & roti. Rebus je sosej tu. Satu lagi tu nak masak sayur bayam utk Iffah & Izzah. Iffah suka makan sayur. Izzah makan apa saja.







Wednesday, May 6, 2009

Tolong mak & ais krim

Hari ni anak-anak dara mak tolong mak 'mengemas' kat dapur. Si kakak tolong buka almari, dan adik tolong kemas. Adik juga makan bawang putih yang dalam almari tu. Sebagai hadiah mak buatkan ais krim untuk anak-anak mak. Ais krim Milo, Bandung & Oren.... oh sedapnya....








Tuesday, May 5, 2009

English

Dah selamat dah tadi. Lega. Ingatkan dia nak marah. Dia puashati dengan report I. Straight to the point. Tak de la byk sgt salah grammer berbanding dengan yang I cut & paste tu lagi banyak salah. hehehe.... Boleh tahan gak written english I. Perasan la pulak... Puji diri sendiri. Kasi semangat.

Sebut pasal English ni, I sebenarnya memang tak pandai English. Walaupun masuk MRSM, I tetap cakap melayu gak. Masa kelas English diam tunduk je. Masa MRSM dulu rasanya sapa yang pandai English memang dah pandai masa sekolah rendah lagi. I pulak setiap kali nak test English mesti study grammer. Apasal la tak pandai-pandai. Dulu ada kawan I, Norfidzah (fidz) namanya. Dia ni memang terror English. Family pun speaking kat rumah. Dia la yang banyak bantu I. Selalu kalau buat karangan English, I akan buat dalam BM then dia akan translate kan. Sedap betul dia translate.

Banyak kali gak dia bantu I. Tak de merungut pun. One day dia cakap why not I buat dalam English then dia betulkan. Jangan takut. Lepas tu, I start buat dalam English. Hentam je pun. Masa kat MRSM dulu, hari2 kena bawa dictionary ke kelas. Kalau ada perkataan tak faham boleh buka dictionary. Tapi I ni malas, berat la dictionary tu. I biasanya akan dok tak jauh dari Fidz. I akan tanya dia bila tak tau. I panggil dia 'my walking dictionary'. Tak senonoh la I ni. Tak patut betul. Fidz ni terror la. Semua perkataan dia tahu makna. Fidz ni sekarang tak salah I dah jadi cikgu English.

Walaupun cam tu masa SPM alhamdulillah I dapat A2 untuk English. Tapi BM dapat C3. Ayah I kata sia-sia jadi Melayu, BM dpt 3. English tu pulak tak tau la cam mana leh dapat 2. Sorang kawan I ni cakap, entah2 paper SPM dia tertukar dengan I. Dia ni cakap English memang terror gak. Masa exam SPM pun bangku tak jauh dari I. Hehehe.. Berkat doa dari Mak ayah juga tu.

Lepas SPM masuk Poly. Hancus English I. Cakap melayu je. Tapi utk subjek English I masih boleh score lagi. Then kerja Intel. Semua kena speaking sebab US company. Mula-mula tu diam je sebab tak pandai cakap. Intel hantar gi Singapore training (6 weeks). Balik Singapore terus dah pandai speaking. Mana tak nya. Siang malam pagi petang speaking. Boleh la menyuarakan pendapat masa meeting department. Kalau tak dulu tunduk je.

Lepas Intel masuk UTM, hancus balik English I. Cakap melayu je. Tapi subjek masih OK. Merasala dapat A dan paling teruk pun rasanya A-. Then keje TNB then Amica then UTeM. Banyak cakap Melayu je. Memang hancus.....

Sekarang ni I kat UK. hahaha... cam tak percaya. Kawan sekolah dulu pun tak percaya. Diorang tahu English I cam mane. Berterabur gilos.... tulis pun ikut sedap rasa je............. Tapi itu la..... kalo tak datang sini lagi la tak speaking. Hopefully English I akan bertambah baik di sini.

Monday, May 4, 2009

Jumpa supervisor

Esok nak jumpa supervisor. Asal nak jumpa je mesti rasa tension. Ye lar nak meng update macam-macam. Tapi esok jumpa dia nak dengar komen pasal report. Ni report yang ke 2 hantar. Yang pertama dulu, dia dah komen especially pasal citation dll. English I ni tak le terror sangat. First report banyak cut & paste je. Hehehe. Kira plagiat la tu. Sebabnya benda yang di study tu tak berapa faham, so copy je la dulu.

3 hari lepas hantar report dia suruh jumpa. Dia siap tunjuk I lagi kat mana I dah plagiat report tu. hahaha... buat muka baik konon... mengaku je la... tapi dia siap test I suruh I explain rajah yang I copy tu. Nasib baik malam sebelum tu I dah minta tolong Yusran (PhD chemistry) explain. So I boleh la explain cuma I cakap english tak berapa bagus. I tak pandai buat ayat yang sedap. Tu pasal la copy je. hehehe... Dia tak marah sebab I boleh explain apa yang I buat. Selamat....

Report yang ke 2 ni, dia suruh I buat balik. Tapi guna ayat I sendiri. So I buat la tapi sebab guna ayat sendiri. Report tu pendek je la. Tak tau la apa dia nak komen. Grammer memang berterabur rasanya. Tak pe biar dia komen... itulah tugas supervisor kan...

Disamping tu I kena buat balik measurement yang buat hari tu. Tak cukup data + salah bagi input voltage. Ye la hari tu buat je. Tak study detail pun lagi pasal transistor Mosfet tu. Baru la tau.. banyak data yang kena collect. Hari tu buat utk 6 transistor. Esok cadang nak buat utk 2 je. Lagi banyak lagi pening I. My second supervisor I cakap ' You only need 1 transistor for your PhD'. Senang je bunyi nya kan...

1st supervisor kata buat transistor tu macam masak la juga. Resepi apa yang nak guna & berapa banyak sukatannya. Ni yang susah ni. I selalu masak main agak-agak je. Mana ada sukatan betul. Tapi PhD tak macam tu. Semua kena tepat & dicatatkan. Lepas ni masak pun kena catatla berapa banyak dah bubuh tepung. Praktis utk PhD.

2nd supervisor ni pun lama dah aku tak jumpa. Sebabnya measurement tak habis lagi. Apa benda nak tunjuk kat dia. hehehe.... Hope boleh settle semua dan buat analysis dalam minggu ni.

Cerita pasal 'kerja' ni tak best la.... tak de banyak gambo nak tunjuk.

Jala hijau




Pagi ni mak menjala lagi. Semalam jala kuning. Hari ni jala hijau. Buh pewarna hijau. Kalau ada daun pandan kan best. Banyak Irfan makan. Si baby Izzah pun banyak gak dia makan. Izzah akan makan apa saja.... Tapi sungguh2 dia makan roti jala tu. Tak tau la samada sedap or dia memang lapar sangat.

Sunday, May 3, 2009

Tetamu

Kak Ayu dari Sheffield datang. Rakan sekerja di UTeM. Dia gi rumah Abg Zul & Kak Wan. Abg Zul ni course mate dia dulu masa kat UTM. Kami pun di jumpa Kak Ayu di rumah kak Wan. Ada la bawa kamera. Syok sangat bercerita sampai lupa nak ambil gambar. So tak de la gambarnya.

Roti jala



Kuah kari semalam ada lagi. Acu roti jala pun dah ada. Apa lagi, mak pun menjala la pepagi ni. Buat sikit je. Bahan-bahannya tepung, telur, susu+santan, garam, pewarna kuning. Sukatannya agak-agak je. Test la. Agak-agak dah boleh menjala.

Rasanya ni first time rasanya mak buat roti jala. hahaha.... kalau kat M'sia dulu, tunggu balik kampung kalo opah buat baru makan. Irfan cam biasala... bukannya tak pernah makan roti jala tapi kalo mak yang buat kira first time la. Apa lagi tak mau makan la. Pepenat menjala tak nak makan lak. Dia boleh kata nak makan tom yam.

Terpaksala paksa dia. Siap tutup mulut rapat2. At last kata, 'kalo sayang mak rasa roti jala ni, rasa je, lepas ni tak nak makan tak pe.' Ada la buka mulut sikit je. Apa lagi mak sumbatkan je. Lepas tu dia kata apa.... ' sedap la mak, nak lagi'. baru ko tahu mak ko ni masak sodap. banyak gak dia makan roti jala tu. Lunch pun dia makan roti jala. tak nak makan nasi. hampir habis roti jala tu just tinggal sekeping je.

Malam, dia nak lagi roti jala. Dah habis la... Yang satu tadi tu, ayah dah makan. Nangis dia. Macam kepunan yang tinggal satu lagi. Dia suruh mak buat lagi. Wei... dah malam daaaa... tak larat nak menjala. Sok mak buat lagi. So esok kena menjala lagi la.

Saturday, May 2, 2009

Makan malam- mak ayah Fakhzan

Jemput Fakhzan sekeluarga dan seisi rumah datang makan malam di rumah kami. Irfan dan booking awal-awal lagi nak duduk di kepala meja. Iffah pula seperti biasa akan menempek kat atas riba orang yang makan. Memanjakan diri kat mak Fakhzan. Menu: Kari Ayam, ikan sebelah goreng, sayur bayam, pecal (tomato,karot & salad) dan buah epal & pear, air teh. Lupa nak ambil gambar makanan yang dihidangkan.










Kiriman Opah

Barang2 kiriman Opah melalui mak ayah Fauzan dah dapat. Acu kuih loyang, cara, karipap, donut, roti jala, plastik ais krim, mamee & maruku. Juga sambal ikan bilis dari mak Fauzan. Seperti biasa anak2 excited nak tengok apa ada kat dalam bungkusan tu.

Terima Kasih Opah, Tok, mak & ayah Fauzan.