Thursday, April 23, 2009

Seashell bread

Hari ni breakfast 'seashell bread'. Ni I yang bagi nama sendiri. Ni gambar-gambar masa operasi. Roti ni, I bawa untuk juadah hidangan selepas mengangkat barang Dr Cikgu Talib.

Bahan-bahan
:

(A)
320g tepung roti
80g tepung gandum
50g gula
1 sudu teh garam
1 sudu besar susu tepung (I guna susu Iffah)
1 sudu besar yis segera (I guna 1 pek yg 6g)

(B)
210ml air
2 kuning telur

(C)
35g mentega

(D)
Jem strawberri + rasberi
kismis


Cara-caranya :

1. Campur bahan (A) dan tambah bahan (B) hingga jadi doh
2. Campur bahan (C) dan terus menguli.
3. Masuk dalam bekas & tutup kain. Biar 1 jam @ hingga doh naik.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian dan gelek setiap bahagian kepada bentuk segiempat tepat.
5. Sapukan jem dan gulung.
6. Potong kepada beberapa bahagian dengan pisau/pemotong
7. Biarkan 30minit @ hingga doh naik
8. Sapukan telur di atasnya.
9. Bakar dalam oven pada suhu 175 selama 25 - 30 minutes.
10.Makan la









Tuesday, April 21, 2009

Printer

Kami beli printer Canon MP190, (printer+scanner+copier). Beli di Tesco harga 48.89 pound. Sebelum ni kami ada printer Epson. Kami dapat free je dari freecycle. Ink nya dah habis. So kami beli ink baru. Dapat la print beberapa pages then print tak keluar apa-apa. Tak tau la apa yang problem, ink or head nya. Susah sangat beli je la yang baru. Kat school boleh gak print tapi tu la kena pergi school. Kekadang ada gak yang kena print kat rumah.

Printer lama





Printer baru


Buku Iffah & Izzah


Buku Iffah



Buku Izzah

Kat sini budak-budak belum sekolah dapat buku. Izzah pun dapat juga. Buku-bukunya yang high quality lak tu. Izzah dapat dulu beg yang ada buku tu. Habisla dikerjakan abg & kakak. masa gambar ni di ambil, mak pun tak pasti mana la diorang letak buku-buku tu. Iffah lak baru dapat hari ni. Tu yang cepat-cepat ambil gambar. Sepatutnya buku-buku ni dibaca bersama anak2 tapi masih tak dapat masa yang sesuai lagi. mak & ayah ni pun tercuri-curi masa untuk baca buku....

Monday, April 20, 2009

Blood spot screening

Hari ni kami bawa Izzah untuk buat ujian darah. Ujian ni sebenarnya untuk baby baru lahir. tapi disebabkan Izzah tak pernah buat lagi ujian ni di M'sia so kami di offer untuk buat ujian tu kalau nak. Since ianya free. Ok je.

Kami gi ke University Hospital of North Durham. Darah di ambil di tumit kaki Izzah . Menjerit-jerit dia kesakitan. Sian dia.... 5 ujian yang akan dilakukan iaitu:
1) Phenylketonuria
2) Congenital hypothyroidism
3) Sickle cell diseases
4) Cystic fibrosis
5) MCADD (Medium Chain Acyl-CoA Dehydrogenase Deficiency)

Satu lagi Hearing Test akan di adakan pada 27 May 2009 pulak.

Masa darah Izzah diambil, kakak Iffah pulak gembira main kat bilik menunggu. Macam-macam mainan ada sampai tak nak balik. kami tak ambil gambar pun sebab tak pasti boleh ke tak ambil gambar. Kami ambil gambar kar luar bangunan hospital je.



Sunday, April 19, 2009

Pizza

Makan malam untuk malam ni. First time mak buat Pizza. Komen Irfan : Mak buat pizza macam pizza hut. Dia suruh mak buka kedai jual pizza. Tapi pizza tu cam ter overcooked. Next time kurangkan sikit masa nya. Nampak sedap tak ???




Jalan-jalan - Seaham

Sebelum gi Seaham untuk ke carboot. Tapi hari ni disamping carboot kami jalan-jalan gak ke tempat perkelahan sebelah carboot tu. Di tepi laut. Cuaca panas tetapi angin sangat kuat dan sejukkkkk... Angin laut Seahammmm...







Seaham-19April

Hari ni kami ke carboot Seaham lagi. Ni carboot yang terbesar di kawasan North South. Hasil tangkapan hari ni adalah barang pyrex. Yang tutup biru tu harganya 2.5 pound. Yang tempat bakar tu 1.5 pound. Kekawan sini kata dulu lagi murah. Kat Malaysai mahal ni. So beli je la. Boleh sesapa tolong check kan harga kat Malaysia.....




Hari ni juga Izzah dah 9 bulan


Barang dapur 1

.

Penerangan gambar dari kiri:

Ni sirap yang kami beli disini. Sirap ni dah siap ada gula. So kalau bancuh tak yah letak gula. Sirap ni di buat di Singapura. Harga 1.65 pound. Beli kat Tesco je.

Bekas biru tu pulak Asam Jawa (Tamarind). Ni versi tak de biji macam yang adabi (kt Malaysia). Tapi warnanya hitam dan agak pekat. Macam kuah rojak je. Harga 1.09 pound. Ni pun kat Tesco.

Chaokoh ni coconut milk (santan kelapa). Kami beli kat Kedai WingHong, Newcastle. Beli sekotak (2 dozen). Dapat murah sikit. Biasanya setin dalam 69 pence.

Yang merah ni tentulah tin sardin. Kat sini tak macam Malaysia. Tak banyak choice sardin. Ni kira yang murah. Ada gak brand lain tapi mahal. Dah la tin kecik je. Mahal lak tu. Yang ni harga 67 pence. Yang ni beli kat Tesco. Ikannya dari laut Pasifik. kalau beli kat Asda, brand yang sama dan warna dan bentuk tin yang sama tapi ikannya dari laut Anlantik. harga samanya. mana-mana pun sama je.

Yang last sekali tu susu pekat manis. Mahal kat sini. Tu harga 1.25 pound. dah la tin kecik je. Tapi susunya lain. Kalau bancuh air letak susu ni kami letak sikit je then letak gula sikit. Sebabnya kalau letak banyak macam kat M'sia dulu. rasanya akan rasa susu je sebab kandungan susu nya sangat tinggi berbanding dengan gula. Kat M'sia nya banyak gula je.

Rambut baru




Hari ni ayah potongkan rambut Irfan. 1st time sejak datang UK ni. Siap ada jambul. Kedai gunting rambut di bilik air la. Sebabnya kat kawasan lain rumah ni semua ber carpet.


Pulut Rendang & Nasi goreng sosej

Sarapan pagi ni masak pulut kuning & rendang daging. Pepenat masak tiba-tiba Irfan kata tak nak makan pulut, tak sedap. Selalu dia yang nak sangat pulut kuning. Dia nak nasi lemak. Alaa... kalo order semalam tak pe la. Ni cili blender pun dah habis. Last-last dia tukar, nak nasi goreng sosej. Ni boleh la sebab nasi semalam pun ada lagi. Sosej pun baru beli semalam. So ada 2 menu la hari ni. Order... order...!!!!




Saturday, April 18, 2009

Jalan-jalan- Angel of the North

Hari ni kami pergi Newcastle untuk beli barang-barang dapur. On the way balik dari Newcastle kami singgah di mercu tanda North East iaitu " Angel of the North" . Ianya bersebelahan highway je. Memang nampak pun kalau naik kereta dan juga keretapi. Singgah untuk ambil gambar je.


Info 'Angel of the North'

- direkabentuk oleh Antony Gormley
- diletakkan di atas bukit bekas lombong arang batu pada tahun 1998
- diperbuat daripada besi
- tinggi 20 meter, panjang sayap 56 meter
- dan baca lagi kat bawah................ atau tengok kat sini
http://www.angelofthenorth.org.uk/

Facts

Angel Side View
The Angel of the North

Here's some amazing facts about the Angel of the North.

  • It is believed to be the largest angel sculpture in the world.
  • It is one of the most viewed pieces of art in the world - seen by more than one person every second, 90,000 every day or 33 million every year.
  • It is one of the most famous artworks in the region - almost two thirds of people in the North East had already heard of the Angel of the North before it was built.
  • Its 54 metre (175 foot) wingspan is bigger than a Boeing 757 or 767 jet and almost the same as a Jumbo jet.
  • It is 20 metres (65 feet) high - the height of a five storey building or four double decker buses.
  • It weighs 200 tonnes - the body 100 tonnes and the wings 50 tonnes each.
  • There is enough steel in it to make 16 double decker buses or four Chieftain tanks.
  • It will last for more than 100 years.
  • It will withstand winds of more than 100 miles per hour.
  • Below the sculpture, massive concrete piles 20 metres deep will anchor it to the solid rock beneath.
  • It is made of weather resistant Cor-ten steel, containing a small amount of copper, which forms a patina on the surface that mellows with age.
  • Huge sections of the Angel - up to six metres wide and 25 metres long - were transported to the site by lorry with a police escort.
  • The total cost of The Angel of the North was £800,000.
  • There is unique species of daffodil named the Angel of the North due to its orange, rusty hue and lofty height. The Angel of the North daffodil has been verified and registered with the Royal Horticultural Society (RHS).
Ni gambar kami







Friday, April 17, 2009

Majlis Kejayaan & Perpisahan

Malam ni di adakan majlis kejayaan rakan yang berjaya dapat PhD Dr Talib & Dr Wan kamariah. Dan juga majlis perpisahan dengan Dr Talib yang akan balik ke Malaysia. Bertempat di Keenan house, Ustinov College. Food : Pot Luck. I bawa la...



Kek I





Dengan Fauzan (kawan sekolah Echah)




Ibu-ibu dan anak-anak





Bapa-bapa





Roti ala Pizza

Ni breakfast pagi ni. Roti ala-ala pizza.


Thursday, April 16, 2009

Kek sandwich

Hari ni juga perasmian mixer I. Buat kek sandwich. Bahan-bahannya seperti gambar di bawah. termasuklah yang 2 orang tu. Tak dapat dielakkan.



Dan hasilnya



Food fair & kedai halal

Ramai orang di bandar Durham hari ni. Ada food fair. Ada makanan dari Uk, Italy, Holland, Turkey, France dll. Tapi tak beli apa pun. Tak berani nak makan. Tapi biasala selera orang sini. Ada roti, piza, cheese, sosej, jeruk, pancake dll.




Hari ni juga pembukaan kedai halal pertama menjual ayam/daging dll makanan halal. tak yah la ni gi Newcastle. Tapi so far tak byk brg lg. Tapi ayam/daging tu ada dah la. Harga lebih kurang je. Owner org Mesir.