Thursday, April 16, 2009

Measurement

Hari ni I buat measurement dalam lab dark room. Sepatutnya tutup lampu. Tapi sebab 1st time, buka je la. Lagi pun sample yang dibuat sekarang ni just untuk practice. Takutla pulak kalo dok sorang2 kat sini.

Wednesday, April 15, 2009

Report

Ni report yang pertama nak kasi kat supervisor. Rasanya memang mengarut sangat. Bila buat report ni baru tau, bahawa banyak lagi yang tak tau. Baru tau juga, banyak perkara yang tak dicatat semasa buat experimen. Bila nak tulis report dah tak ingat. So apa nak tulis. Ni tulis yang general aje. I yakin supervisor tak puashati sebab diri sendiri pun rasa tak puashati. Masa buat report ni rasanya lebih banyak menung dari menaip. Selak paper, baca buku, search internet. At last report yang berjaya disiapkan dalam 6 pages je termasuk gambar. Ni dah pukul 2.45 pagi. Kira dah siap la juga. Esok nak touch up sikit kut. Ada bhg yg diri sendiri pun tak berapa faham sangat. Tak pe hantar je dulu. Ada 2 hari nak baca balik sebab supervisor suruh explain apa yg ditulis dalam report tu.... Camni la belajar....kalau gi UK ni jalan-jalan je kan best. hehehe.... sapa nak sponser ????

#Petrol makin mahal di UK ni. Kat Tesco pun dah 91.2 pence. Kalau tempat lain lagi la.

Tension buat report petang tadi gi beli penimbang & bekas buat kek & bake pan.

Tuesday, April 14, 2009

Nasi tomato



Hari ni pagi-pagi lagi I dah bangun untuk masak nasi tomato. hehe... bukan sebab nasi tomato tapi sebab subuh habis awal sekarang. Pukul 6.06 pagi dah terbit matahari. Tapi menu hari ni memang nak buat nasi tomato. Kat M'sia rasanya tak pernah masak nasi tomato. hahaha... beli je. Kenduri kahwin pun selalu boleh makan. So tak hairan.

Kat UK ni, sorry la.. tak de kedai nak jual nasi tomato. Nak makan masak la. So hari ni I masak nasi tomato, ayam masak merah dan sayur campur.


Resepi Nasi Tomato Zarina

Bahan-bahan:

Beras 4.5 cawan (byk ni je yg muat periuk tu) - beras apa pun tak pe. Jgn beras pulut dah la
Bawang besar 1 biji (bawang UK ni besar, 1 biji dah cukup)
Bawang putih 3 ulas
Kayu manis, bunga cengkih, lawang, buah pelaga (ni tak guna, I guna kuib sub punjut. Sebabnya stok byk lagi, takut expired lak)
Tomato puri 1 sudu
1 kuib pati ayam
Air 5 cawan
Santan 1 cawan
Daun pandan 2 helai
Minyak masak, minyak sapi & mentega

Caranya:
Tumis bawang dengan minyak2 tu
Then masuk ke dalam rice cooker
Masukkan air dan lain-lain
Masuk garam & kacau
Tunggu masak & makan


Ayam masak Merah

Goreng ayam
Blender bawang merah, putih, halia, cili kering & tumiskan
Masuk tomato puri
Masuk garam & gula
Masuk ayam
Dah settle

Sayur campur

Campur la apa sayur yang nak.
I guna karot & kacang je
Tumis bawang & ayam
Then masuk sayur & garam
Lagi senang

Freecycle-Gilesgate & Stadium

Kami gi ambil barang free cycle. Kali ni dapat bedroom decor. Barang2nya termasuklah sarung duvet, curtain, jam, frame hiasan, hiasan dinding. Bawah ni gambar Irfan ambil brg dgn ayahnya. Sebenarnya byk juga barang yg dapat dari freecycle. Nanti la I ambil gambarnya.




Balik tu kami pusing-pusing kawasan persekitaran tu. Jumpa la stadium Durham. Ada stadium & football club rupanya juga.





Monday, April 13, 2009

menu breakfast



Breakfast pagi ni, ''karipo'". Intinya inti karipap kemudian dibalut cam popia. ok tak?
Juga "biscream" pemberian Fauzan semalam.

Resepi karipo

bawang merah & putih
daging cincang (I letak daging burger je)
Keledek
kentang
serbuk kari
kulit popia


Resepi biscream

biskut
thick cream
fruit cocktail

Sunday, April 12, 2009

car boot

Pagi ni kami ke carboot sedgefield. Dalam 15 minit dari rumah. Car boot ni yg dekat horse race course. Tak beli pe pun just bebudak ni dapat la mainan sikit dan beli keyboard bagi menggantikan keyboard komputer rumah ni yang space barnya dah rosak. 1 pound je.


Friday, April 10, 2009

Easter




Hari ni UK cuti. Good Friday. Esok Sabtu then Ahad hari Easter. Isnin pulak cuti Bank holiday. Masa ni banyak la jual coklat-coklat bentuk telur. I tanya kawan satu makmal. Camne celebrate Easter. Dia kata makan se family. Tanya la pulak kat supervisor, apa dia buat masa Easter ni. Dia kata dia kemas rumah barang-barang masa winter hari tu. Confius lak I, easter ni. Tapi yang pasti mostly semua kedai tutup termasuklah hypermarket cam Tesco dll.

Check kat internet. Good Friday ni adalah sempena memperingati Jesus di salib. Tiada sebarang sambutan secara tradisional pun. Ahad tu pulak adalah Easter Sunday sempena memperingati Jesus dihidupkan semula. Biasanya ada la juga family yang buat family meal dan bagi telur. Telur tu kira lambang kelahiran la. Orang dulu memang guna telur betul dan dihias cantik-cantik. tapi sekarang guna chocolate egg. Lebih selamat (daripada pecah) dan lebih sedap dimakan. Isnin pulak cuti Bank holiday. Orang bank nak cuti. Semalam dah banyak makan telur kut. hehehe....

Kira sambutan tu, ikut suka masing-masing la.

Kami lak dok kat rumah je. Cuaca pun mendung dan hujan. Memang malas je nak keluar. Study pun rasa malas je.... Oppsss.... jangan lupa. Rabu ni kena hantar report kat supervisor. Oh.... tidak......

Thursday, April 9, 2009

Mixer

Hari ni mixer yang I beli dari ebay tu dah sampai. Mixer ni memang dah diidamkan lagi sejak dah lama dah. Ni beli yg 1000W , bowl 4.6 liter + ada glass jug blender. Model KMC560. Kat M'sia mahal bangat.

I beli dgn harga 155 pound + 9.99pound (belanja pos). So total 164.99 pound. Kalo di convert x RM 5.30 so jadi harganya RM 874.45. I tengok kat M'sia yang model rendah sikit dari ni, 900W, 4.6 liter bowl harga RM 2,399.

Dah ada mixer ni, dah la ada assignment baru. Study manual book dia la. baru ditengok je dulu. Tak sempat nak guna lagi. Nak guna pun assesori tak cukup. Lepas ni nak cari penimbang (scale) la pulak + bekas nak bakar kek pun tak de lagi.

Balik M'sia

Hari ni kami menolong jiran/rakan senegara, Zila untuk operasi mengangkut barang-barang ke kontena untuk balik ke M'sia. Barang balik dulu. Tuan ni kerja tak settle lagi. Kami bergotong-royong. Malam sebelum tu kami juga tolong Zila packing set meja makan dia di rumah kami sebab rumah dia dah penuh.





Wednesday, April 8, 2009

Bunga & Reban ayam

Ni lagi gambo bunga. kat tepi jalan banyak bunga cantik-cantik tapi tak boleh nak ambil gambar sebab tak de tempat parking. nanti kalo ada I tampal lagi. Ni bunga daffodil (kuning). Daffodil ni memang banyak di sini. Ada pelbagai warna but mostly kuning, oren, putih.





Ni pulak gambo reban ayam mat saleh. Bowburn ni kan kampung. Reban ayam ade, kebun sayur pun ada. Reban ayam ni tak jauh dari rumah kami. Jalan kaki je on the nak pegi ke play park.



Tuesday, April 7, 2009

Iffah 2nd Birthday & Injection

7 April 2009 (Selasa)

Happy Birthday Nur Izzati Iffah !!!!!

Hari ni busy betul. Pepagi lagi dah gi klinik bawa semua anak2. Sebabnya Izzah nak kena injection MenC (2nd dose). Lepas tu I gi school sambung keje.

Balik School makan & solat. Bawa diorang pergi Coxhoe untuk timbang berat & ukur tinggi Iffah & Izzah. Kat sini lain. Klinik yang kat bowburn tu tak ambil berat & tinggi budak. Kena gi Coxhoe lak. Dalam 5 minit drive dari rumah. Tempatnya kat Coxhoe leisure centre. kat situ kira sport centre. Ada gims, court squash dll. Tak sempat belek pun sebab nak cepat. Belakang tu ada play park dan juga padang bola dll. Gi main kejap. Masa tu baru lepas hujan. Basah. Si tak jadi nak main lama2.

Then kami gi Tesco lak untuk beli Birthday cake Iffah dan juga barang-barang dapur. Dah jumpa sirap dan juga asam jawa kat Tesco. Lepas ni boleh buat air bandung.

Malam tu celebrate birthday Iffah. Kami sekeluarga je. dan juga Iffah dapat birthday present dia. Scooter for girl only. Scooter ni kami dapat free je dari freecycle. Best kan...

Penat-penat beli kek, at last ais krim juga yg di nak nya. Lain kali birthday, mak beli ais krim je dah. Izzah pun suka ais krim.









Monday, April 6, 2009

Sejarah Bowburn

Tempat mana kita tinggal sepatutnya kita tahu asal-usulnya. Ni asal usul kampung yang aku tinggal sekarang ni. Bowburn Village. Malas nak translate. Baca je la.

Originally a small farming hamlet, named after the shape of the small burn that runs through it, Bowburn's history, like that of many other villages in the region, is linked closely to coal mining. Several coal mines were sunk in the area during the 19th century but extensive development did not begin until an entirely new Bowburn Colliery began to be sunk in 1906. Bowburn therefore celebrated its 100th anniversary on 23 July 2006.

The first “Bowburn Colliery” was a shaft sunk in 1840 but failed to find workable coal.
The second Bowburn Colliery was sunk a few years later, south of there (near Park Hill), being one of several sunk in the Quarrington and Coxhoe areas. It was close to the terminus of the Durham Branch of the Clarence Railway. The pit was a small concern, worked first by Robson and Jackson and then the West Hetton Coal Company. It closed in the 1850s.
The third and most famous Bowburn Colliery was sunk in 1906 by Bell Bros. Ltd., using the 1840 shaft as the ventilation upcast shaft (and, later, for manriding). Its first coal was drawn in 1908. It merged with
Tursdale colliery in 1931 and grew to be one of the largest in the Durham coalfield, working six seams and with about 2950 employees in the 1950s. Meanwhile the village was growing around it. Hardly anything now remains of the colliery complex which closed in July 1967. The colliery yard is now the site of the Bowburn South Industrial Estate.

The day of the annual Durham Miners' Gala (also called "the Big Meeting") used to see large unions of men marching through the village, as Bowburn was en route to Durham for some surrounding pit villages. Local residents have recently, with the help of the Heritage Lottery Fund, had two of Bowburn’s original miners’ banners restored and a new one produced to be paraded at the Gala. By September 2006, two of the restored banners were on display in Bowburn Community Centre, together with the new one (the "Centenary Banner"). This, with another new one designed by Bowburn Junior School pupils, was paraded for the first time at the 2006 Gala. Other events also celebrated the village’s centenary year, including a party and firework display in Bowburn Park, exactly 100 years after Gertrude Bell (as daughter of the Chairman of Bell Brothers) cut the first sod on 23 July 1906 to commence the sinking of the downcast shaft.

Jalan-jalan- Stockton

4 April 2009 (Sabtu)

Hari ni kami gi Stockton. Kawan-kawan kata kat sini pun ada jual daging/ayam halal. Tapi mahal sikit. Tak de nak beli ayam pun. Saja je nak tengok. Berpusing-pusing kami dalam town Stockton. Navigation tak de. Just refer google map je. Ok la. jumpa masjid & kedai halal tu . Memang mahal la sikit. Ayam kat Newcastle dalam 2 pound. Kat sini dalam 3 pound sekg. Kami gi singgah Matalan. Pusing-pusing lagi jumpa Teeside shopping park. Wow besar tempat shopping ni. Macam-macam ada. Ada comet, staples, M&S, argos, Next, PC world, Asda, Boots, dll. Details boleh tengok kat sini http://www.teessideshoppingpark.co.uk/ .Tapi kami sempat gi Morrison je sebab dah petang nak balik.




Friday, April 3, 2009

Tambang bas & irfan & susu/gula

Tambang bas

Kami gi School naik bas je. Tambang free kalau naik bas no X1. Tunjuk kad student je. Kalau sebelum pukul 10pg. Naik mana-mana bas pun boleh. Tapi free ni waktu term je (student belajar). Waktu cuti term tak ada tambang free. Kami yang buat PhD ni mana ada masa cuti. Hari-hari buat PhD. Tambangnya 1 way dari rumah ke School 1.95 pound bersamaan RM 10.34. Itu ikut currency Pound yang dah jatuh 1 pound = RM 5.30. Kalau pergi balik dah RM 20.68. Masa perjalanannya 7 minit. Dekat je.

Tapi sini ada offer weekly ticket & monthly ticket. Tadi baru beli yang weekly ticket. 14 pound = RM 74.20. Tapi boleh naik bas mana-mana destinasi dalam Durham District dan juga boleh bertukar tangan. Sapa nak pakai pun boleh. Kira ok la tu.





Irfan

Hari ni last day Irfan sekolah. Lepas ni cuti 2 minggu. Balik sekolah tadi dia dapat kertas tulis penghargaan sebab attendance 100%.



Susu/gula

Tadi ada org Amway datang. Kami nak join Amway UK. Namanya Joana. Ros (isteri penghulu) pesan kalau hidangkan air utk org puteh ni kena seperate kan gula & susu. Sebab ada antara diorang ni minum tak buh gula or ada yg buh susu dll. Nasib baik masa beli set cawan kat carboot ada sekali tempat letak gula & susu. So hidang asing la dan kena tanya nak teh ke kopi. Rupanya dia minum teh je tanpa susu dan gula. Diorang panggil black tea. Hiii.. tak sedap nya. tapi teh sini ada banyak perisa + bunga @ buah2an. So diorang tak de la letak gula. Beli dia dah balik, aku letak je gula dalam teko tadi sebab kami lak nak minum. Tak lalu black tea tu.


Menu hari ni, nasi beriani.

Thursday, April 2, 2009

Ben10



Hari ni Irfan pergi sekolah pakai baju Ben10. Hari ni boleh pakai baju biasa tapi kena exchange with small donation. Derma la sikit duit. Ni sempena World Autism Awareness Day. Baju Ben10 ni beli kat Ebay. Ni barang yang pertama kami beli dengan ebay. Bid dapat 2.70 pound + belanja pos, total 6.20 pound. Bolehla.

Bunga lagi

Dah musim bunga ni semua tempat berbunga. Tak yah tanam bunga. Sendiri tumbuh. Ni gambar bunga di pintu belakang rumah dan juga depan rumah. Namanya tak tau. Tapi cantik kalau dah banyak. Semakin hari semakin banyak bunga nya. Gambar ni masa bunga yang pertama.