Thursday, April 19, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Monday, December 19, 2011
Tetamu - Idham & Afiqah
Friday, December 16, 2011
Snow pertama 2011 & Izzah masuk universiti
Kemudian ayah pergi solat Jumaat. Jadi, Izzah ikut mak ke school. Ni kali pertama anak mak datang ke school mak. Irfan & Iffah pun tak pernah sampai lagi.
Wednesday, December 14, 2011
Parti
Hari ini ada parti di sekolah Irfan dan Iffah. Irfan pergi ke sekolah pakai baju sekolah sebab dia ada persembahan, kemudian baru la tukar baju parti. Iffah, mesti le pakai baju princess. Izzah, tiada parti di kelasnya tapi nak juga pakai baju parti sebab tengok Iffah pakai baju princess. Jadi hari ini, Izzah sorang je la pakai baju princess di kelasnya. Orang lain semua pakai baju sekolah.
Tuesday, December 13, 2011
Sunday, December 11, 2011
Dr Nazimah balik Malaysia
Dr Nazimah balik ke Malaysia telah berjaya dalam vivanya. Selesai menghantar tesis. Selesai PhD nya. Doakan kami yang masih berjuang.
Makan-makan di rumah mak sebelum Dr Nazimah balik.
Friday, December 9, 2011
Anis balik Malaysia
Hari ni Anis balik ke Malaysia. Iffah & Izzah pun ikut hantar ke airport. Mak kata Mak Lang Anis nak balik Msia & nak pergi school. Selamat belajar Anis dan terima kasih kerana banyak membantu kami. We’ll miss you. Belajar rajin-rajin, nanti boleh datang UK lagi main snow. Lambat pulak snow turun tahun ni, tak sempat nak main snow.
Saturday, December 3, 2011
Kelas masakan bersama Kak Amy
Ibu-ibu warga Durham_my belajar memasak bersama chef tersohor di UK, Kak Amy Mustaffa. Best sangat. Nanti boleh buat lagi. Belajar membuat :
1) Kek Red Velvet
2) Molten Chocolate lava cake
3) Peach cheese flan
4) Cream cheesing frosting
Yummyyyy….
Sebelum kelas masakan bersama Kak Amy. Chef ZBZ pun buat kelas masakan di rumah. Tapi student sorang je. Buat apam polkadot & yorkshire pudding. Memasak je hari ini.
Friday, December 2, 2011
Kuliah ilmu bersama Dr Min
Kuliah ilmu minggu ni bersama Dr Wan Aminah. Berkongsi ilmu tentang perubatan tradisional & moden. Kuliah yang amat menarik. Banyak soalan yang ditanya oleh peserta. Boleh buat kuliah lagi nampaknya sebelum balik ke Malaysia.
Thursday, December 1, 2011
Lanjutan
Hari ini menerima email tak rasmi perlanjutan CB kami. Alhamdulillah dapat 6 bulan. Lepas ini bermulalah proses memperbarui visa kami. Sedang menunggu surat ATAS dan CAS.
Yuran memperbarui visa untuk kami sekeluarga adalah £ 1351 + beberapa ££££ lagi diperlukan untuk ditunjukkan sebagai bukti kemampuan kewangan..