Sunday, July 19, 2009

Kenduri Birthday

Hari ni birthday Mak & Izzah. Kami buat kenduri birthday. Ajak semua Malaysian di Durham dan juga kawan2 di fb. Kalau ada yang tak ajak tu maafla... memang terlupa la tu. Bukannya sengaja tak jemput.

Menu utama : Soto bihun/nasi impit dan juga Nasi minyak. Menu sampingan keropok ikan, agar-agar, dadih dan ais krim bandung. Menu dari Kak Wan: rendang, nasi impit & bihun goreng.

Terima kasih kepada A & A catering telah menyediakan juadah nasi minyak & ayam yang menyelerakan, persediaan serta mengemas selepas kenduri. Lain kali boleh tempah lagi.

Terima kasih kepada MAK kitchen bagi menu soto.

Terima kasih Kak Wan kerana menyediakan rendang, nasi impit & bihun goreng. Juga Min yang bawa cupcakes yang cantik.

Terima kasih juga kepada NAZA Bakery yang telah menyediakan 2 kek yang sedap. 'Fresh from the oven'. Baru di tempah dan dibakar pagi tu juga. Nasib baik sempat siap.

Tak lupa juga kepada Nash & Izz Decor yang telah menyediakan perhiasan dalaman dan susun atur perabut.

Akhir sekali, terima kasih yang tak terhingga juga kepada tetamu-tetamu yang hadir. Harap-harap semuanya dapat makan dengan kenyang. Alhamdulillah makanan yang disediakan cukup untuk tetamu yang hadir. Mak rasa gembira sangat tetamu dapat makan banyak kali. Banyak round pun tak pe. Suka sangat sebab tetamu tak rasa malu-malu untuk makan banyak kali. Kalau malu laparla...

Terima kasih banyak-banyak juga kepada kawan-kawan yang telah bagi pelbagai hadiah, bunga, buah dll.


SEBELUM MAJLIS


Tengah betulkan cermin & kumpul belon


Hiasan Dalaman

Rehat selepas menghias (Nash & Izz Decor Team)


NAZA Bakery telah pulun buat kek


A & A Catering & AAaayam


Ayam


MENU







TETAMU







ACARA KEMUNCAK

Semasa acara potong kek tu, Izzah tidur dengan nyenyak nya.
So Mak & Farah je la yang potong kek.



Bunga dari Ustazah Hamidah


Kad dari suami & Irfan




BIRTHDAY GIRLS







3 comments:

Kamilah said...

wah sedapnya makanan!! and the cakes look nice!! yumm..
Happy Belated birthday kak!

Chai Tea said...

Aunty Kam tgah jealous tu sebab aunties AA dapat peluk n kiss Izzah! hehehe..auntie Kam tak nak wish happy belated birthday dekat Izzah gak ke?

;p

Amri said...

Sangat sedap makanan.
Nasi bekal tuh saya makan 2 kali. Satu round lagi sebab dah abis ayam, makan dengan udang goreng:D